Tak sangka semester pertama tahun pertama sebagai pelajar universiti sains komputer dah berlalu. Tak sangka. Terasa cepat betul masa-masa lalu pergi. Cuma bila fikir ada empat tahun untuk habiskan bidang IT (software engineering) ni, memang terasa lambatnya masa bergerak.Dulu tak terfikir langsung nak sambung belajar lagi selepas habis pengajian di Politeknik Mukah Sarawak ( TEKNOLOGI MAKLUMAT pengaturcaraan). Tapi bila dah kembali menjadi pelajar di UNIMAS banyak benda aku jumpa dan pelajari di sini. Thanks Allah... muaahh. :)
Alhamdulillah. Aku selalu percaya bahawa fasa permulaan sebuah perkenalan dalam suasana yang baru memang macam ini. Sebab masing-masing belum cukup kenal orang lain. Masing-masing belum pandai tackle hati orang lain dan keadaan sekeliling. Jadi biarkanlah. Biarkan kenangan-kenangan dan perkara-perkara yang tak berapa manis semua tu pergi bersama masa. Dan mula menghitung perkara kebaikan dan kemanisan yang Allah berikan. Mesti sebenarnya laaagi banyak! :)
Aku bertuah ditempatkan di universiti ini. Masih membawa nama Islam. Masih diingatkan tentang keseimbangan amal dunia dan akhirat. Masih mempunyai teman sebilik yang selalu kejut bangun Subuh.. Dengan kolej kediaman yang cukup mewah sehingga aku rasa tiada sebab untuk aku tidak bersyukur berada di sana, tiada sebab untuk aku tidak berbangga belajar di universiti tempatan. Pensyarah IT yang semuanya berdedikasi, memang supportive habis! Walaupun tak belajar di Mesir, tapi suasana belajar macam kat Mesir tu selalu ada sebab lecturers non-Malaysian ramai kat sini. Hi hi.
Seniors pun semuanya, semua, baik-baik. Murah dengan tunjuk ajar dan nasihat. Ramai yang layak kalau nak dijadikan contoh! Kawan-kawan seperjuangan yang baik-baik, yang sama-sama berusaha memperbaiki diri, menjadi lebih baik, sama-sama belajar menyesuaikan diri dengan fasa yang baru bermula ni.. Alhamdulillah, thumma alhamdulillah, alhamdulillah.