Thursday, August 9, 2012

Kata-Kata Yang Membuat Ramai Menangis




 


Bila mak kata dia teringat, kita jawab kita sibuk sangat.
Bila ayah kata dia rindu, kita jawab nantilah hujung minggu
Bila mak minta kita pulang, kita jawab kita sibuk sangat.
Bila ayah minta kita singgah, kita jawab kerja kita belum selesai.
Bila hati kita terguris, kita kata "Mak memang tak pernah faham".
Bila hati kita terhiris, kita kata " Ayah memang tak ambil kisah".


Tetapi:

Bila hati mak kita terguris, mak kata "Tak apa, dia masih muda".
Bila hati ayah kita terhiris, mak kata "Tak apa, belum sampai akalnya".
Bila kita menangis tanda lapar, mak berlari bagai hilang kaki.
Bila kita merintih tanda  menderita, ayah bersengkang mata bagai tiada lena.
Bila kita sedih kerana gagal, mak setia membekalkan cekal.
Bila kita pilu kerana kecewa, ayah teguh berkata dia tetap bangga.

#Hargailah kedua-dua ibu bapa kita selagi mereka masih hidup di dunia ini. Anak yang soleh sentiasa mendoakan dan mengingatkan ibu bapanya. Sesungguhnya anugerah yang paling indah beharga di dunia ini adalah kedua-dua ibu bapa.