Assalammualaikum.. (^.^)
Persoalan ni selalu jar bermain di fikiran aku semenjak akhir-akhir ni.. Kadang-kadang terlintas juga niat di hati mahu berjaya macam kawan yang lain. Nak dapat anugerah tu, nak dapat anugerah ni.. hmmmm... tapi tu la, niat jer lebih tapi tidak di laksana dengan baik pun.... macam mana kejayaan tu mahu datang.
Ada orang tu mahu berjaya tapi tiada usaha... Dah tu mana nak berjaya kalau menghadap laptop online jer kerjanya. Tak payah nak cakap orang aku pun macam nii.. Pantang tengok broadband. Dah tengok broadband, connet, bukak browser automatik tangan klik huruf d bar search w w w . f a c e b o o k . c o m.. hadui..... macam mana ni terklik FB la pulak. xpa la sekejep jer bukak pun... leka jenguk sana jenguk sini x sedar 3 jam sudah berlalu di depan FB. post lagi di sana bila lagi assgnment mahu siap ni.... macam mana la assignment mahu siap kalau asyik luangkan masa bersama FB berjam-jam.....
Apa-apa pun thanks to Allah coz masi mengingatkan aku dengan kata-kata dan pesanan ibu bapa sebelum aku melangkah balik ke kampus.. Ingatan itu sangatlah menyentap ke jantung aku.......... :'(.
Bila diingat balik macam mana air muka mak ayah masa mereka melihat kita balik ke tempat belajar... perkataan yang mereka keluarkan terus tengiang-ngiang di minda,
mak: nanti sampai sana belajar bersungguh-sungguh ya nak...
ayah:pastikan kamu dapat keputusan yang baik ... :). jangan lalai.
Sayu hati bila teringat balik peristiwa itu..Yang mana jenis rapat dengan keluarga tu dah nangis habis basah lencun dah. Yang mana jenis brutal tu buat-buat cool. Bajet buat keras hati. Hari pertama okay lagi. Masuk hari kelima sendiri menangis baca entri sendiri. Sape lah tu kan? HAHA :D
Kadang-kadang nota bertimbun-timbun dah depan mata. Dah bukak ni, tapi tak baca sebaliknya baca mukabuku hehe.
* Selamat berusaha, rajin-rajin belajar ;)
"Setiap jiwa yang dilahirkan telah tertanam dengan benih untuk mencapai keunggulan hidup. Tetapi benih itu tidak akan tumbuh seandainya tidak dibajai dengan kesungguhan."