Thursday, March 22, 2012

Cerminkan Diri Anda Seorang Kawan Yang Baik




Dalam kehidupan kita seharian semestinya memerlukan kawan sebagai teman berbicara atau mengharapkan pertolongan di saat kita tidak dapat melaksanakannya seorang diri..


mungkin kita ada ramai kawan, tetapi adakah mereka hadir disaat kita memerlukan pertolongan..?

Kawan yang baik boleh kita kenali dari tingkah laku dan tutur katanya.

1. Mengetahui diri kita dalam kesusahan melalui riak muka kita.

2. Percakapannya tidak menyakitkan hati walaupun dia sedang menasihati atau mengkritik kita.

3. Tidak suka melihat kita dihina.

4. Gembira melihat kita gembira dan bersedih bila kita sedang bersedih.

Huraian:

Bukannya senang nak cari kawan yang baik.
Bukan senang juga nak menjadi kawan yang baik.

Kawan yang baik tak pernah mengumpat di belakang kawan baiknya.
Kawan yang baik tak pernah cemburu dengan kejayaan kawan baiknya.
Sebaliknya kawan yang baiklah yang paling banyak membantu
kawan baiknya untuk mencapai kejayaan.

Kawan yang baik tak pernah mempengaruhi kawan baiknya untuk
membuat perkara yang buruk dan sia-sia.
Kawan yang baik adalah orang yang selalu menasihati kawan baiknya
untuk berbuat kebaikan.

Kawan yang baik adalah orang pertama yang akan dicari bila tiba masa sedih atau gembira.
Kawan baik menjadi tempat kita meluahkan perasaan yang tak dapat dilu ahkan kepada kawan biasa.

Kawan yang baik tak pernah memaksa kawan baiknya untuk sentiasa berada di sisinya.
Kawan yan g baik tak pernah melarang kawan baiknya untuk berkawan dengan kawan yang baik. Kawan yang baik tak pernah cemburu jika kawan baiknya mempunyai ramai kawan baik, kerana kawan yang baik tahu apa yang paling baik untuk kawan baiknya.

Kawan yang baik akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan kawan baiknya di dunia dan di akhirat di dalam doanya.

Kita adalah kawan yang baik jika kita faham bahawa kawan baik kita bukanlah
seorang yang sempurna. Kita adalah kawan yang baik jika kita menjadi kawan yang baik kepada k awan baik kita.

Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak menghargai kawan baik kita,
kerana kawan yang baik akan sentiasa menghargai kawan baiknya.

Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak memberitahu perkara yang baik kepada kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan selalu menyampaikan perkara yang baik kepada kawan baiknya .

Dan kalau kita nak dapat kawan baik yang baik, kita mesti lebih dahulu menjadi seorang kawan yang baik...kepada kawan baik kita.
kita kawan kan ...???






Jika kamu seorang kawan yang baik, kamu akan menegur kesilapan kawan kamu dengan apa jua cara sekalipun kerana anda mempunyai sifat kasihan padanya. Kasihan jangan pada hati anda sahaja tapi bantulah dengan lisan terhadapnya yakni menunjukkan di manakah silapnya. Sekiranya dia juga merupakan kawan yang baik kepada kamu maka dia akan menerima teguran itu dan berusaha merubahnya. Seandainya berlaku sebaliknya maka anda perlu mendapatkan khidmat 'guaman iman' anda, "Adakah aku perlu teruskan perhubungan ini?" Jika anda seorang yang tiada hati perut maka anda akan tinggalkan kawan anda dalam keadaan terpakai-kapai tanpa perlabuhan. Nescaya anda juga akan menerima nasib yang sama di masa akan datang.

Hidup ini sebenarnya adalah suatu keadilan. Buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas jahat. Oleh yang demikian kita jangan takut apabila dikhianati oleh kawan kerana ALLAH telah membina dua pintu, satu pintu ke Syurga, satu lagi pintu ke Neraka. Jadi, pilihan ada di tangan kita.


p/s : Ini adalah serba sedikit ulasan aku untuk erti kawan kepada kawan. Bila kita berkawan jangan separuh jalan, jika kita ditinggalkan maka janganlah hati kita dibutakan maka lihatlah hikmah disebalik apa yang berlaku maka jadikanlah pedoman dan tauladan... Insya-Allah akan mendapat keberkatan. Aku turut berpesan pada diri aku juga, belajarlah untuk menghargai kawan yang baik.